Zee Avi
Zee Avi

Zee Avi

Zee Avi (lahir Izyan Alirahman[2] dan juga dikenali sebagai KokoKaina;[3] 15 Disember 1985)[4] merupakan penulis dan penyanyi wanita Malaysia. Dilahirkan di Miri, Sarawak, beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada usia 12 tahun[5] dan telah menamatkan pengajian dalam bidang rekaan fesyen di Universiti InterContinental Amerika, London.[6]Pada September 2007, beliau menayangkan video tentang lagunya yang pertama di laman YouTube untuk rakan-rakannya yang merindui persembahan pertamanya di Kuala Lumpur. Video tersebut berjalan secara dalam talian dan akhirnya mendapat sambutan positif.[6] Selepas videonya dimasukkan di halaman utama YouTube, beliau ditemui oleh Patrick Keeler daripada kumpulan rock Amerika, The Raconteurs yang kemudiannya memberi laman web videonya kepada Ian Montone iaitu pengurus kepada kumpulan The White Stripes, The Shins, The Raconteurs dan lain-lain. Montone pula menyerahkan lagu tersebut kepada Emmett Malloy dan akhirnya beliau menandatangani kontrak bersama Brushfire Records, yang dimiliki oleh Jack Johnson.[5] Lagu "No Christmas For Me" telah dimuatkan di dalam album Krismas iaitu This Warm December: A Brushfire Holiday Vol. 1 yang dikeluarkan oleh Brushfire.[7] Seterusnya, single beliau "Bitter Heart" ialah yang pertama dijual di iTunes. Album pertamanya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album telah dikeluarkan pada 19 Mei 2009 melalui Brushfire dan Monotone Records. Pada hari album pertamanya dikeluaekaj, beliau disenaraikan oleh YouTube di halaman depan sebagai Spotlight: Music Tuesday. Dari Jun hingga Ogos 2009, beliau telah menjelajah Amerika Syarikat bersama Pete Yorn. Konsert terakhir jelajah tersebut juga merupakan konsert lawatan pertama ke Amerika Syarikat yang bertempat di Music Box at the Henry Fonda Theater di Hollywood, California pada 27 Ogos 2009.[8][9]Lagu beliau iaitu "Monte" telah dimuatkan dalam drama Private Practice yang merupakan musim kedua terakhir tayangan drama tersebut.[10] Manakala lagu "Concrete Wall" telah disiarkan dalam drama remaja, Gossip Girl musim kelima, episod 11.[11]Beliau telah mengeluarkan EP pertamanya, One More Time with Colors pada 20 Julai 2010. Keempat-empat lagu di dalam EP tersebut mengandungi lagu baru yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini seperti "I Wish I Never". Selain itu, tiga lagu adunan semula telah melengkapkan senarai runut di dalam album ini yang diambil daripada album terdahulunya.[12]

Rujukan

WikiPedia: Zee Avi http://www.allmusic.com/artist/zee-avi-p1102492 http://www.bmi.com/news/entry/zee_avi_an_old_souls... http://brushfirerecords.com/artists/zee-avi/ http://www.businesswire.com/news/home/200811060054... http://edition.cnn.com/2009/SHOWBIZ/Music/06/02/ze... http://www.cwtv.com/music/gossip-girl/season-5/epi... http://www.fuelfriendsblog.com/2009/05/16/intervie... http://www.jetstarmag.com/story/the-accidental-sta... http://www.kcrw.com/events/kcrw_events/pete-yorn-w... http://livemusicblog.com/2012/01/26/mountain-jam-2...